Sunday, May 22, 2011

FBwalking ~ Benarkah Kau Mencintaiku Kerana ALLAH ??

Ikhwan yg dikasihi....

♥♥Jika kau mencintaiku kerana Allah jangan dekati aku...
Jika kau mencintaiku kerana Allah jangan menggodaku...
Jika kau mencintaiku kerana Allah jangan merayuku....
Jika kau mencintaiku kerana Allah jaga izzahmu denganku...
Jika kau mencintaiku kerana Allah jangan menyentuhku...
Jika Mencintaiku kerana Allah jagalah hatimu dan hatiku agar tetap MencintaiNya...

♥♥Jika kau mencintaiku kerana Allah jangan menjadikan aku kekasihmu...
Jika kau mencintaiku kerana Allah pilihlah jalan yang Allah redhai untuk mendapatkan hatiku...
Jika kau mencintaiku kerana Allah jauhilah jika kau tahu aku belum bsiap menerima pinanganmu...
Jika kau mencintaiku kerana Allah bersabarlah mengungkapkannya di saat yang tepat....

♥♥Jika kau mencintaiku kerana Allah tak usah khuatir kita tak dapat bersatu, kerana kita tidak pernah tahu apakah aku sudah baik untukmu dan kau baik untukku menurut Allah...

♥♥Jika kau mencintaiku kerana Allah... Yakinlah, Jika aku memang di takdirkan Allah menjadi bidadarimu kita pasti akan bersatu.
Jangan menodai kesucian cinta hanya kerana nafsu semata...

Ukhti yg disayangi....

♥♥Jika aku seorang ikhwan yang mengatakan cinta padamu kerana Allah namun tanpa malu mendekatimu,apa kau tidak merasa takut terjerat padaku???

♥♥Jika aku seorang ikhwan yang mengatakan cinta padamu kerana Allah namun tanpa malu dengan menggodamu,apa kau tidak merasa terpedaya pada kegodaanku ???

♥♥Jika aku seorang ikhwan yang mengatakan cinta padamu kerana Allah namun tanpa segan merayumu, apakah kau terbuai oleh pujuk rayuku???

♥♥Jika aku seorang ikhwan yang mengatakan cinta padamu kerana Allah namun tak mampu menjaga izzah ketika mdekati mu, apakah kau tidak menolakku dengan perisai malumu???

♥♥Jika aku seorang ikhwan yang mengatakan cinta padamu kerana Allah namun tanpa berasa berdosa berani menyentuhmu, apakah kau tidak takut Allah murka padamu, masihkah kau percaya pada ucapanku? tak curigakah kau padaku? Tak inginkah kau menjauhiku??? atau kerana kau telah terjebak ke dalam jurang cinta nafsu, sehingga kau tak mampu menolakku walau kau tau semua ucapanku " Mencintaimu Kerana Allah" adalah palsu.

Ketahuilah ukhti...

♥♥Jika aku seorang ikhwan sejati Yang mencintaimu kerana Allah.. Aku tidak akan berani menyentuhmu ,bahkan hatimu... Kerana aku malu pada Allah jika bayanganku mengacaukan kekhusyukan ibadahmu...

♥♥Jika aku seorang ikhwan sejati yang mencintaimu kerana Allah, aku tidak akan pernah berani merayumu, menggodamu, bahkan dengan bebas tanpa batas berinteraksi denganmu.. Kerana kau belum halal bagiku. Aku malu jika harus membuatmu lebih banyak mengingatku dari pada mengingat-Nya. Aku malu jika harus menjadi seseorang yang membuatNya cemburu padamu kerana kau rela melanggar larangan-laranganNya kerana cintmu padaku.

♥♥Jika aku seorang Ikhwan sejati yang mencintaimu kerana Allah aku tidak akan khuatir tidak dapat memilikimu kerana tak mengungkapkan cintaku padamu sekarang walau saat ini aku begitu mengkagumimu dan menginginkanmu menjadi bidadariku. Kerana aku yakin jika engkau memang di takdirkan untukku ,engkau pasti akan menjadi milikku walau aku tak mengikatmu.. Bukankah jika Allah tidak mentakdirkan kita bersama walau pun ada ikatan namun akan terlepas juga akhirnya??? Jadi untuk apa aku risau???

Ukhti...

♥♥Sedarlah... Jika aku seorang Ikhwan yang benar-benar mencintaimu kerana Allah, aku hanya akan berani merayumu, menggodamu, dan menyentuhmu setelah engaku telah halal bagiku.

♥♥Untuk semua muslimah.. Ukhti , Tetaplah Berusaha Menjadi Solehah walau Zaman Telah Berubah....Barakallahu fiik ^_^

♥♥Allah memuliakan mereka yang saling mencintai dan bersahabat kerana Allah, yang membuat para nabi dan syuhada merasa iri terhadap mereka mereka. Nasa’i meriwayatkan dengan sanad dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda; “Di sekeliling Arasy, terdapat mimbar-mimbar dari cahaya yang ditempati oleh suatu kaum yang berpakaian dan berwajah cahaya pula. Mereka bukanlah para nabi atau syuhada, tetapi para nabi dan syuhada merasa iri terhadap mereka”.

♥♥Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, beritahulah kami tentang mereka!”

♥♥Beliau bersabda, “Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai, bersahabat, dan saling mengunjungi kerana Allah”.

♥♥Allah berfirman, ertinya, “Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa.” (QS/Qur'an Surat Az-Zukhruf : 67)
SUMBER nya di sini (:

3 comments:

azim_3110 said...

..................
sangat menyentuh hati lagi2 bila dibuaikan dengan irama syahdu ketika cinta bertasbih.. (¶_¶)

Qaseh Nur Imani said...

hee . tq Azim ^^

azim_3110 said...

kuikuikui...jiwang.. (^^,)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...