Tuesday, May 31, 2011

Pisang Goreng Panas Yg Bernama CINTA ...

"LELAKI ITU SATU UJIAN BUAT SEORANG WANITA YANG BERTEKAD UTK HIJRAH KE JALAN ALLAH SWT. KRN ITU, TETAPKANLAH HATIMU DARI TUNDUK DGN LELAKI YG SUKAKAN KAMU KRN DUNIA, BKN KERANA ALLAH ! INGATLAH WAHAI MUSLIMAT SEKALIAN, LELAKI YG BERTAQWA TIDAK AKAN SEKALI-KALI MENJADI PUNCA ENGKAU HILANG KEIMANANMU PADA AL-KHALIQ. MAKA JIKA KAU KECEWA KERANA CINTANYA LELAKI, KRN DIA BERDUSTA, KRN DIA MUNGKIR, KRN DIA INSAN YG SUKA MEMIJAK-MIJAK MARUAH DAN HARGA DIRIMU, MAKA KAU TERUSKANLAH HIDUPMU TANPA LELAKI YG CINTAKAN FATAMORGANA SEMATA!"
________________________

Assalamualaikum buat sahabat followers , blogwalking atau sape2 la yg sudi menjengah di sini . MAAF sekali lg krn Qaseh tdk punya kesempatan untuk menulis di sini sejak beberapa hari yg lalu . Bukan krn Qaseh sudah bosan , bukan jua krn Qaseh pnya kerja , tapi entahlah .. Mungkin Qaseh tdk punya apa yg ingin dicoretkan dari hati Qaseh . Asyik share drpd blog atau fb org saja . Tp , alhamdulillah , hari ni Qaseh ingin berkongsi sedikit dgn sahabat semua ttg pergolakan hebat yg selalu berlaku terhadap remaja masa kini , iaitu CINTA . Apa itu cinta ? Ada apa dgn cinta ? OKAY , Qaseh dh membuat beberapa survey ttg definisi cinta . Jom , kita terjahhh !!
  • love doesnt have a happy ending . cuz its never gonna end . and love doesnt have an ending . cuz love is infinity . being complete , is when u realize what is love .
  • Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu menjadi emas, keruh menjadi hening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.
  • Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan. - Mahatma Ghandi
Wahh , sungguh indah definisi cinta . Tapi sahabat , pada siapa yg harus layak kita memberi cinta ? Siapa yg selayaknya utk kita cintai ? "siapalah aku ingin mencintaimu andai cinta pd Khaliq ku masih lg belum tercapai" “Perkahwinan itu memang perlu sekali bagi siapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tidak mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah untuk Tuhanku, dan di bawah perintah Tuhanku. Aku tiada mempunyai harga apa pun pada diriku.” - Rabiatul Adawiyah . Aku cinta padaMu kerana dua sisi cinta, cintakan diriMu dan cinta kerana Engkau patut dicintai. Aku cinta akan diriMu, aku selalu mengingatiMu, bukan yang selainMu. (Madah Rabiatul Adawiyah)

Sungguh sahabat , kita sering menyatakan pd seseorang itu yg "sy cintakan awak krn ALLAH" tp , apa kita yakin kita cintakan dia krnNYA ? apa buktinya andai kehadiran kita blh melalaikan dia bahkan jua blh tersasar jauh ? Qaseh tertarik dgn firman ALLAH di dalam Surah Al-Baqarah , ayat 8 , di antara manusia ada yang mengatakan "Kami beriman kepada ALLAH dan Hari Kemudian" , padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman . Sahabat , mudahnya kita mengaburi mata seseorang itu dgn menggunakan nama ALLAH . Astaghfirullahal azim ~

"ikatlah daku dalam rangkaian khitbah dan akad yang indah dan jadikanlah agama sbg sandaran" Ya , bagi Qaseh , jika seseorang itu benar-benar syg kn kita , dia tdk akan pernah membawa kita kpd arus yg salah , malah sering mengingatkan kita ttg sesuatu yg benar . Jadi , apa cara penyelesaiannya utk org yang saling menyintai ? Jawapannya , NIKAH . "Tapi , jika belum mampu , bagaimana ?" “Wahai para pemuda, barangsiapa dari kalian mampu memberi nafkah maka hendaknya dia menikah karena ia lebih menundukkan pandangan dan lebih menjaga kemaluan. Barangsiapa belum mampu maka hendaknya dia berpuasa karena ia adalah kendali baginya.” (HR. al-Bukhari dan Muslim).

Sabda Rasulullah s.a.w, yang bermaksud;
“Barangsiapa yang telah berkahwin, ia telah mencapai separuh agamanya, maka hendaklah ia bertaqwa kepada Allah untuk mencukupi yang separuh lagi”

Maksud hadith Rasulullah s.a.w;
“Seorang wanita dikahwini kerana empat perkara – kerana hartanya, kerana kecantikannya, kerana nasab keturunannya dan kerana agamanya; kahwinilah wanita yang baik pegangan agamanya, kamu akan mendapat ketenangan”.
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Peringatan daripada Rasulullah s.a.w;
“Janganlah kamu mengahwini wanita kerana ingin melihat kecantikannya, mungkin kecantikan itu akan membawa kerosakan terhadap diri sendiri dan janganlah mengharapkan harta kekeyaannya kerana mungkin dengan harta itu mereka menjadi sombong tetapi kahwinilah mereka itu kerana agama dan sesungguhnya hamba perempuan yang hitam lebih baik asalkan ia beragama”.
(Riwayat Ibnu Majah dab Baihaqi)


1 comment:

LyaLuna said...

say suka yg niiii :) sgguhnya ujian n godaan dunia mmg mncabar. cinta la org lain kerana Allah kerana Dia yg mghdirkn cinta itu sedgkn ia bukn milik kte n bila2 msa shja Dia boleh tarik balik sygg ituuu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...