Tuesday, July 31, 2012

Tips | Cara Senang 'Bentukkan' Tudung

Assalamualaikum.

Dewasa ini, ramai sangat para muslimat mengenakan tudung yang pemes dengan gelaran 'tudung express'. Ini adalah kerana antara salah satu faktor tudung biasa susah nak di bentuk. Atau susah nak menjadi. Atau juga lambat nak menjadi atau alasan lain yang sama waktu dengannya. So, apa kata anda?

Tapi, walau tudung express kini menjadi kegilaan ramai, namun tudung biasa seperti tudung bawal, akel, tudung labuh and sama pattern dengan nya tetap tersemat jua di hati. Eceyy :D

Ini kerana, ada juga yang tidak  berminat mengenakan tudung express. Alasan mereka?


"Bagi saya, tudung express ni tak sesuai dengan bentuk muka saya. Suami saya cakap, saya lebih cantik kalau pakai tudung lain selain tudung express. Tapi..." - Mak Cik Kiah.

"Saya ni low profile orangnya. Hik3 Sebab tu saya tak suka pakai tudung express. Takpe la tak up-to-date sekalipun, sebab saya selesa pakai tudung labuh yang biasa ni. Tapi..." - Cik Siti.

"Saya tak kesah pun orang cakap saya ketinggalan zaman ke apa, tapi saya rasa yang saya sangat cantik pakai tudung biasa. Senang juga untuk di bentuk sebab saya selalu 'letak lilin' di tudung itu. Tapi..." - Mak Bedah.

Haa, tengok tu kawan-kawan, ada TAPI! Dengan ini, ika dengan rendah dirinya ingin berkongsi bersama kawan-kawan cara senang untuk bentukkan tudung. Tak perlu tonyoh-tonyoh lilin lagi. Tak perlu susah-susah nak amek lilin spare bila black-out kat rumah tu. Hoho

Kawan-kawan hanya perlu gunakan ini, Kiwi Kleen Fabric Starch! :D

Yang ni bau Lemon :)
Yang ni pula, regular :)

Apa yang perlu, kawan-kawan just semburkan pada bahagian yang kawan-kawan nak. Lepas tu, iron la macam biasa. Senang, kan? Sambil sembur, sambil iron. Ni tak, tonyoh lilin, pastu iron. Tak okay lagi, tonyoh lilin lagi. Huhu Em, ika dah lupa bape RM benda alah ni. Tapi yang pasti ia tak lebih dari RM10, murah kan? :)

Okay, dah. Sila ke pasaraya berdekatan. Beli banyak-banyak. Takut haabis stok. Dah nak raya ni. Kot kot semua pegi beli sebab dah boleh melaram dengan tudung-tudung lama kegemaran mereka! Selamat mencuba!

nota kaki : selain dari mudah untuk bentuk tudung, kiwi kleen ni juga adalah untuk memudahkan proses iron baju yang berkedut 150 juta tuu :D

Monday, July 30, 2012

Niqabis Kualiti Atau Kuantiti?

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Setelah berkurun berabad Qaseh meninggalkan blog ini sepi, kali ini Qaseh muncul dengan satu entry yang dah sangat lama Qaseh ingin kupaskan, tapi dek kerana kekurangan ilmu ingin berkongsi, Qaseh tangguhkan dulu. Sekarang, bukan dah cukup ilmu ke apa bila Qaseh berkongsi ni, tapi sekadar pemerhatian, pendapat dari sahabiah sefikrah, pandangan dari beberapa insan serta melalui pengalaman sendiri.

Niqabis kualiti atau kuantiti?

Pertama sekali, Qaseh mohon maaf sebab Qaseh tidak ingin mengulas tentang niqabis kuantiti. Kerana yang baik itu datangnya dari ALLAH dan yang kurang itu dari diri kita sendiri. Jadi, andai ada yang terasa bahawa diri dia adalah niqabis kuantiti, silakan. Moga kita sama-sama muhasabah. InsyaALLAH.

Jom kita renung balik apa niat kita berniqab? Qaseh yakin ramai yang akan menjawab bahawa itu adalah kerana ALLAH. Hidayah sudah sampai. Nak menghidupkan sunnah. Tapi berapa banyak yang mendustai niat tu? Na'uzubillah.


Ada yang memakai niqab kerana trend semata-mata. Ada yang memakai kerana ingin berfesyen. Ada pula yang memakai kerana ingin mencuba. Tak kurang juga ada yang memakai kerana untuk suka-suka. Anda bagaimana?

Seperti yang kita ketahui, dewasa ini, para niqabis bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan. Ramai. Alhamdulillah, kerana sudah ramai yang ingin berubah ke arah yang lebih baik dari sebelum ini. Ayuh, sama-sama doakan kepada mereka dan diri kita sendiri.

Baiklah. Sedikit perkongsian dari Qaseh setelah banyak soalan-soalan yang datang di inbox fb Qaseh tentang niqab. Tak kurang juga yang bertanya itu dari kaum Adam. Soalan-soalan yang diajukan bukan ke atas diri Qaseh tapi mereka sekadar inginkan pandangan Qaseh setelah mereka melihat dengan dunia realiti mereka sendiri. Antara soalan-soalan yang telah diajukan kepada Qaseh seperti :

1. Kenapa ramai yang berniqab sekarang?
2. Apa hukum niqab ni?
3. Best ke pakai niqab?
4. Tak susah ke life bila berniqab?
5. Tak takut ke orang tak suka?
6. Kenapa berniqab tapi sikap entah apa-apa?
7. Orang yang pakai niqab ni semua baik-baik ke?
8. Pakai niqab, tapi perangai sama je dengan orang yang tak bertudung. Patut ke?
9. Dah pakai niqab, aktiviti mesti terhad, kan?
10. Kejap pakai, kejap tak, main-main dengan niqab ke?

Okay dah. Qaseh rasa, cukuplah 10 soalan yang diajukan kepada Qaseh. Setelah Qaseh mendapat pandangan dari ustaz-ustaz, ustazah-ustazah serta sahabiah sefikrah, Qaseh menjawab persoalan mereka dengan tenang.

1. Kenapa ramai yang berniqab sekarang?
Hidayah itu milik ALLAH. Orang yang nak berubah ke arah kebaikan, harus untuk kita galakkan, bukan persendakan.

2. Apa hukum niqab ni?
Hanya minoriti sebilangan ulamak mengatakan wajib. Dan majoriti mengatakan sunat. Kerana aurat seorang wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan telapak tangan.

3. Best ke pakai niqab?
Pakai niqab ni bukan kerana best ke tak best. Tapi yang pasti, hanya para niqabis yang niatnya tulus akan merasa betapa tenangnya bila berniqab. Allahuakbar.

4. Tak susah ke life bila berniqab?
Nak susah kenapa? Life tetap macam biasa cuma menjaga batas-batas. Tapi bukankah kita disuruh untuk menjaga batas-batas? Bukan para niqabis sahaja yang perlu menjaga batas-batas, tau.

5. Tak takut ke orang tak suka?
Orang tak suka, tak apa. Jangan ALLAH yang tak suka. Apalah jika nak dibandingkan pandangan manusia yang serba kekurangan seperti kita juga dengan pandangan ALLAH kepada kita, kan.

6. Kenapa berniqab tapi sikap entah apa-apa?
Allahua'lam. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk mereka itu.

7. Orang yang pakai niqab ni semua baik-baik ke?
Kalau ada yang tak baik, sekurang-kurangnya mereka mencuba untuk berubah menjadi orang yang baik-baik daripada yang memang dah sedar kekurangan diri, tapi langsung tak nak berubah even mencuba sekalipun.

8. Pakai niqab, tapi perangai sama je dengan orang yang tak bertudung. Patut ke?
Orang yang memakai niqab ni bukan malaikat. Iman mereka sentiasa berubah. Kerana kita semua sama. Apa pun, cubalah untuk selalu menjadi yang terbaik.

9. Dah pakai niqab, aktiviti mesti terhad, kan?
Siapa cakap? Para niqabis juga masih boleh mendaki gunung dengan berjubah. Masih lagi boleh ke sana ke mari. Masih boleh melakukan apa saja asal tidak melampaui batas.

10. Kejap pakai, kejap tak, main-main dengan niqab ke?
Mungkin kerana mereka mempunyai asbab mereka tersendiri. Walau apa pun, niqab hanya sunat. Ada juga antara student pakai bila habis kuliah, bila kuliah tak pakai.

Kesimpulannya, apa yang penting, kita berbalik semula kepada niat kita kenapa berniqab. Janganlah kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga. Sesungguhnya Qaseh juga masih sedang belajar untuk me'niqab'kan diri Qaseh. Semoga kita semua menjadi niqabis kualiti. InsyaALLAH wa bi'iznillah. Amin amin amin ya rabbal alamin.

Wednesday, July 18, 2012

Satu Cinta

Di hatiku ada dua cinta yang bergolak dan berbolak balik.
Antara cinta ALLAH dan cinta dunia sedang berperang dengan begitu hebat dan dahsyat sekali.

Jika kau tanyakan aku, “adakah DIA di hatimu?”

Aku hanya mampu menjawab, “aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar DIA ada di hatiku. Aku belum sampai ke tahap mencintaiNYA, tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintaiNYA.”

Monday, July 16, 2012

Bicara Selebriti Di Balai Islam

Assalamualaikum.


InsyaALLAH, Jabatan Agama Hal Ehwal Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) akan mengadakan satu program Bicara Selebriti di Balai Islam pada 18 Julai ini. Program ini berlangsung pada jam 9.00 malam.

Antara jemputan yang hadir adalah, Us.Hasrizal (penulis buku Aku Terima Nikahnya), Yatt (Pelakon), Ana Raffali (Penyanyi) dan Mas Azzam (Hero Ketika Cinta Bertasbih). Program ini akan dikendalikan oleh moderator yang sangat mantap iaitu Amin Idris.

Jadi, apa sahabat tunggu lagi? Ayuh! Masuk adalah percuma. Semua dijemput hadir. Datang beramai-ramai :)

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan :)

Assalamualaikum.




Apa azam sahabat sekalian untuk Ramadhan kali ni? (^_^)y
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...