Saturday, May 14, 2011

Niqab . Apa hukumnya , ya ?

mazhab Hanafi, mazhab Maliki dan mazhab Syafie - wanita boleh membuka muka dan tapak tangannya.

Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan sebahagian tabi’ien seumpama Sa’id bin Jubair dan ‘Ata - mentafsirkan ayat 31 surah an-Nur, Imam at-Tobari telah berkata:

“Pendapat yang paling benar ialah pendapat yang mengatakan bahawa perhiasan wanita yang zahir yang boleh ditunjukkan ialah muka dan tapak tangan. Ia termasuklah celak, cincin, gelang dan inai.

Imam al-Jassas dalam mazhab Hanafi telah berkata : Diriwayatkan dari Ibnu Abbas, Mujahid, ‘Ata yang mengatakan maksud ayat tersebut (ayat 31 surah an-Nur) adalah sesungguhnya muka dan tapak tangan, inai dan celak termasuk dalam perhiasan zahir yang boleh ditunjukkan.

Imam Abu Bakar bin al-Arabi dari mazhab Maliki telah berkata ketika mentafsirkan ayat yang sama:“Perhiasan zahir yang dibenarkan untuk ditunjuk ada dua bahagian. Perhiasan zahir yang asal dan yang dibuat. Yang asal adalah mukanya yang asal bagi kecantikan dan keelokan semula jadi. Perhiasan yang dibuat adalah apa yang cuba dilakukan wanita untuk mengelokkan kejadiannya seperti pakaian, barang kemas , celak dan inai.

Dalam ayat yang sama, ibnu kathir dari mazhab Syafie menyatakan : “Berkemungkinan Ibnu Abbas dan orang yang mengikutinya telah mentafsirkan ayat “Melainkan perhiasan yang zahir (boleh ditunjukkan).” Adalah muka dan tapak tangan. Ini adalah pendapat yang masyhur menurut jumhur ulama.

Kata-kata ulama fekah yang menyokong pendapat ini.

Al-Qaduri dari mazhab Hanafi telah berkata : “Dan haram seorang lelaki memandang perempuan yang bukan mahram melainkan muka dan tapak tangan.”

Ad-Dirdiri dari mazhab Maliki dari mazhab Maliki telah berkata : “Aurat perempuan yang merdeka bersama lelaki yang bukan mahram adalah semua melainkan muka dan tapak tangan.”

Imam at-Tohawi dari mazhab Hanafi berkata : “Ditegah wanita muda mendedahkan muka kerana ditakuti fitnah, bukan kerana ianya aurat.”

Syed Muhammad Zaki Ibrahim berkata : “Menutup muka dengan niqab yang menutup semua muka adalah perkara yang bukan wajib dan bukan sunat yang kuat tetapi ia adalah hanya perasaan dan emosi peribadi sahaja.”

Pendapat kedua : Haram mendedahkan muka dan tapak tangan. Ini adalah pendapat mazhab Hambali dan sebahagian mazhab Syafie.

Syeikh Mansur bin Yunus al-Bahuti berkata : “Wanita yang merdeka seluruh tubuhnya adalah aurat didalam solat sehinggalah kuku dan rambutnya. Ini berdasarkan sabda Nabi saw “Wanita adalah aurat” Hr Tirmizi.”

Syeikh Sulaiman al-Jamal dari mazhab syafie berkata : “Aurat wanita dihadapan lelaki yang bukan mahram adalah seluruh badan.”

Menutup muka kerana timbulnya fitnah. Para ulama empat mazhab bersepakat bahwa wajib wanita menutup mukanya kerana takut fitnah dan berlakunya keburukan.

Imam Kauthari ra berkata : “Pendapat ulama yang mengharuskan menunjukkan muka adalah sekiranya tidak timbulnya fitnah.”

SUMBER nya d sini (:

Banyak pendapat dari para ulamak berkaitan dengan hukum pemakaian niqab ni . Apa2 pun , memakai dan tidak memakai niqab ada kelebihan dan kekurangannya tersendiri . Jadi , berbaliklah kembali kpd niat si pemakai niqab itu , tepuk dada tanya iman ^^ 

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...