Sunday, June 5, 2011

Niqab dan Solat .

Assalamualaikum dan alhamdulillah krn Qaseh masih berkesempatan untuk menulis entri yg baru kt sini . Post kali ni tentang niqab dan solat .

Apa itu niqab ? Di dalam Bahasa Arab , purdah disebut sebagai niqab . Menurut Kamus Besar Arab-Melayu Dewan , purdah bermaksud kain penutup muka perempuan . Secara lazimnya , kain tersebut digunakan menutup sebahagian besar kawasan muka sesesorang perempuan itu melainkan matanya sahaja .

Jadi , apa kena mengena niqab dan solat ? JOM , kita ikuti persoalan dari Qaseh dan jawapan dari seorang ustaz tentang masalah ini . [copy and paste dari msj fb Atikah Humaira]

Soalan
assalamualaikum , ust .


maaf , ana ggu ust . tp ana dh tk th nk b'tnya kn hal ni kpd sape . sewajarnya ana tny kpd shbt muslimat . tp itu la , ana pernah b'tny pd mereka and ana sgt m'harapkan respons dr mereka , tp mereka tk pedulikan soalan ana . ade yg respons soalan ana , tp dia juga masih baru dlm dunia niqab . dn kami sama-sama msh m'cari2 jwpn yg sbnr .


begini ust , ana nk tny , boleh ke kita pakai niqab pd waktu solat ? sbb ana ade nmpk sahabiah yg pakai niqab sewaktu solat d surau and ade yg bukak . jd , ana rasa mcm ragu la . ape yg patut ana buat ? ana tk tahu nk ikut yg mana satu .


dan , ana juga byk melibatkan diri dlm program Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS) . kami bese solat d dewan tbuka (jika peg kem) itu mkna nya kami akn b'campur tnp ade kain p'halang antra muslimin dan muslimat . bg yg berniqab , boleh tk mereka buka niqab wktu tu ? atau kena terus pakai ? shbt ade shbt yg sefikrah dgn ana ckp , bila dah pakai niqab , wajah kita adlh aurat . dn tk boleh nk bukak dh dpn muslimin .


tp , ana jugak ade tbaca kt blog2 . mereka ckp , bila kita nk menyembah ALLAH , tk blh ade hijab antra kita dgn DIA . lgpn , niqab adlh sunat , jd tk mgpa utk m'bukanya sewktu solat (tkde pula dia cakap jika solat b'campur dgn muslimin)


jd , cmne ye ust ? harap sgt ust dpt merungkai sgla persoalan yg sntiasa ade d fikiran ana . ana sgt jahil dlm ilmu agama . sgla yg baik itu dtg dr ALLAH , dn yg buruk tu dr dri sy sndr . wallahua'alam .

Jawapan
wkslm, maaf ustz lmbt reply..sebab ustz balik pahang..ada program ckit...baik..niqab ni ada sunat kerana..aurat bagi wanita adalah semua tubuh badannya kecuali muka dan tangan..jadi klu nk tutup x di halang..kerana sunat..yg wajib kene tutup..tentang niqab ni nk buka bila nk pakai bila kene tengok asal hukum dia..hukum sunat kan..jadi hukum sunat ni lebih fleksibel..


perlu kah dibuka ketika solat??..kena tahu dulu hukum asal jugak.., sebab tu andai klu masjid atau surau tersebut tiada tirai atau hijab yang memisahkan jemaah laki dan wanita maka perlu saf depan wanita tersebut di penuhi oleh saf perempuan yang berumur kerana andai kata yang muda berada di hadapan akan menimbulkan fitnah lelaki terlihat wanita muda tersebut..ini maslahah bagi wanita muda tersebut...jadi terpulang sama ada nk buka atau x ketika solat..tetapi lebih afdal kite buka kerna ia merupakan satu ibadah pengabdian..nk tutup pun xsalah sebab asal hukum pakai niqab sunat


depan laki nk buka ke x??...kite tengok hukum asal jugak..hukum asal lelaki yang bukan muhrim melihat perempuan yang bukan muhrim tanpa syarak seperti merisik, perubatan dan hal2 kecemasan adalah makruh malah ada ulama yang kata haram..pakai niqab ni sunnah..jadi andai klu depan muslimin nk buka niqab tengok keadaan, contoh..majlis jamuan tahunan, kan kadang2 kedudukan meja bersilang2..jadi klu wanita pakai niqab nk makan, terpulang pada keselesaan wanita tersbut, sama ada buka lebih senang atau pakai niqab lebih senang..tapi untuk tutp pintu fitnah diri jgn buka, andai makan nk pki niqab pun susah nk mkn mcm org yang baru belajar pakai niqab maka boleh buka, tapi mintak shbt lain lindung kedudukan mukanya agar x dilihat...


kalau waktu belajar ni kelas..contoh seorang guru nk kenal anak murid dia atas dasar nk kenal pelajar dia..maka di bolehkan buka..tapi dengan syarat guru tersebut tidak mengambil kesempatan untuk melihat berulang kali atas dasar nafsu..kalau melibat kan meting, present atau sebagainya yg melihatkan menzahirkan diri di depan org ramai..maka klu nekad nk pakai, pakai jgn dibuka takut timbul fitnah dan buka pintu fitnah..
maka hukum pakai niqab sunat dan boleh dibuka dan ditutup dilihat keadaannya..kerana hukum sunat tengok keadaannya..dan sebab niqab melibatkan mruah dri maka ikut keadaan dan pendirian si pemakai..wallahua'lam..

Soalan
mksd nya d sni ust , wktu solat b'campur tnp ade tirai , blh kalau nk buka niqab and blh juga kalau tk buka , cmtu ye ?

Jawapan
afdal di buka, tapi duduk barisan belakang untuk mengelak mata2 lelaki yg ambil kesempatan sebab tu diharuskan wanita berumur duduk di barisan hadapan


OKAY , semoga sahabat semua dapatlah sedikit input yg berguna hari ini . Sebarang perkongsian atau teguran , sahabat bolehlah post komen ye . Segala yg baik itu dtg nya dr ALLAH dn yg buruk adalah kelemahan diri sy sndr . Wallahua'alam .

Wednesday, June 1, 2011

Aku Hanya Wanita Biasa ^^

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..

Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kau pilih.. Padahal kau begitu tahu. Aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna. Kerananya ku ingin kau tahu. Aku bukan wanita yang sempurna. Aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak..

Aku tak sebijak bonda khadijah, kerananya ku ingin kau tahu. Aku boleh saja berbuat salah dan begitu menyebalkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kaulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu..

Duhai kau yang telah memilihku kelak..

Ingatlah, tak selamanya aku dapat tampak cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk bekerja di dapur, menyiapkan makan untuk kau dan malaikat-malaikat kita nanti –insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus membenihi istana kecil kita, agar kau dan malaikat kita dapat tinggal dengan nyaman dan sihat. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.. Ataukah kau akan menemukanku terkantuk kantuk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan karena aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak. Aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga malaikat kecil kita yang sedang menangis, dan ku tau kau letih mengais rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku..

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, Aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis dan tak terkawal, bukan kerana aku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa. Aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak bertemumu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku mahu hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul perlahan si kecil kerana lelah dan penatku di tambah rengekannya yang tak habis-habis. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan membentakku karena telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tau kau selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kau akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada malaikat kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..

Ketahuilah. Aku tak secerdas aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajarku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. pimpin tanganku ke JannahNya, agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya.

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..

Seiring berjalannya waktu, kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mula keriput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Kerana satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku padamu..

Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lalui dengan selalu jatuh cinta padamu.. Maka, cintailah aku keranaNYA, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri.. Aku hanya wanita biasa...~
SUMBERnya di sini (:

Walaupun Aku Sendiri , Aku Tetap Perlu Berdiri

Kadangkala hidup ini tidak selalunya indah...
Namun ku berdoa ke hadrat ILLAHI...
Moga aku memperolehi peluang kehidupan ini...
di isi dengan warna-warna ceria. Insha ALLAH...
Ku rindu ALLAH...~

Ya ALLAH... Aku ingin mendapatkan cinta-MU semula. Betapa aku berdosa selama ini. Aku tercari-cari hala tujuku sendiri. Aku buntu sebelum ini. Ku berdosa kpd-MU ya ALLAH... Aku tidak mendapat ketenangan itu lagi. Aku semakin jauh dengan-MU. Disebabkan cinta manusia, ku terleka. Ku asyik dgn kehidupanku yg penuh dgn fitnah dan kealpaan. Ku tahu cinta itu fitrah. Namun ku akui... aku tidak mampu utk menanggung cintaku terhadap insan yg belum tentu lagi menjadi milikku. Hanya ENGKAU mengetahui segala-segala perjalanan hidup hamba-MU. Cintaku hanya untuk-MU ya RABB... Aku ingin melabuhkan cintaku untuk-MU sebelum aku mendapatkan cinta drpd insan lain. Ketika dahulu... ku amat tenang dengan cinta dan kasih sayang-MU tanpa ada cinta manusia. Ku snts bermunajat kpd-MU agar cintaku untuk-MU meninggi tanpa ada rasa kesangsian. Ku yakin cintaku hanya pd-MU ya ALLAH... Cintaku hanya satu iaitu hanya ENGKAU shj di hatiku... setiap masa, ku yakin dgn diriku krn adanya ENGKAU yg sentiasa dekat dgnku.

Srikandi yg bagaimanakah ku ingin miliki? wanita solehah yg bagaimanakah ku ingin contohi? Muslimah yg bagaimanakah ku ingin beri kepada generasi yg akan datang? sedangkan diri ini belum sempurna lagi utk dibaiki... ku harap, moga ALLAH mengampuni segala dosa-dosaku... Biarlah cinta drpd insan lain ku tinggalkan. biarlah aku hidup keseorangan. namun ku tidak gentar dan takut kerana ku yakin ALLAH snts di hatiku. ALLAH sangat sayangkan hamba-NYA. itu sebabnya ku diberi kesedaran sehinggakan aku benar-benar menangis kerana ku amat jauh dengan ALLAH. ALLAH mencemburui krn aku mengagungkan cinta manusia selama ini. Ku abaikan ALLAH. Ku tidak ingat ALLAH yg snts memelihara dan melindungiku selama ini walaupun ku asyik dgn cinta drpd insan lain.

Terima kasih kpd seorang sahabat yg telah menyedarkanku apa itu cinta yg sebenarnya. klu tidak krn dia... aku semakin tercari-cari arah hidupku. Aku sayangkanmu sahabat krn keperibadianmu yg sentiasa prihatin akan diriku. Itu semuanya krn ALLAH telah memberi petunjuk kpdku... ya ALLAH... Sayang-NYA ALLAH kpdku. Sayang-Nya ALLAH sehinggakan dia menemukan aku dengan sahabat perjuangan yg snts menasihatiku malah mengingatkan ku akan kenangan sewaktu ku mula-mula mengenal Islam yg tersangat indah di jiwaku. Kenangan itu tidak akan ku lupa krn kenangan itu yg memberi sinar utk ku meneruskan kehidupan. SubhanALLAH... betapa cinta-NYA ALLAH kpd hamba-NYA. Walaupun adakalanya aku tidak mengingati ALLAH, namun ALLAH snts memberi petunjuk kpdku dalam apa jua bentuk kesedaran agar aku tidak tersilap langkah menghadapi kehidupan yg penuh pancaroba ini...

Kadangkala ku terfikir... walaupun pernah ku berbuat dosa sehingga ku terlupakan ALLAH... Namun, ALLAH snts ada menemani diriku ini... Aku dapat rasakan kehangatan kasih sayang DIA terhadapku. Apabila ku bersedih... pasti ALLAH mengisi kekosonganku... tak dapat ku gambarkan dgn kata-kata... daripada situ... aku dapat merasai ALLAH sygkan ku sgt2... cuma aku tidak mengetahui krn terlalu lekanya aku dgn hal duniawi. ya ALLAH... ampunilah daku yg hina ini... Pernahku jatuh tersungkur sehinggakan aku berputus asa utk meneruskan pembelajaranku... namun, ALLAH ada dengan membantuku utk aku kuatkan semangat. Aku dapat semangat itu semula setelah aku menangis di hadapan-NYA. Secara drastik aku bersemangat meneruskan pembelajaranku... Kasihkan ALLAH kpd hamba-NYA? dan sekarang... ku sentiasa ingat yg ALLAH snts di hatiku ini... Aku syg sgt kpd ALLAH... ALLAH kekasih hatiku yg utama.

Aku tidak perlu takutkan cabaran yg akan datang... Biarlah ku lupakan cinta drpd insan lain dahulu. Kalau ada jodoh tak ke mana... Dan ku tahu, ALLAH menjanjikan yg terbaik buat hamba-NYA. insha ALLAH... ALLAH sayangkan kita semua. Percayalah... ALLAH menguji kita krn ALLAH sygkan kita... Tidak perlu menyesali dgn apa jua perkara yg kita hadapi di dunia.. Suatu hari nanti, kita pasti akan bahagia krn ALLAH ingin melihat sejauh mana kesabaran dan ketabahan hamba-hamba-NYA. Kasihnya ALLAH kpd kita... Aku terharu dgn apa yg ALLAH beri kpdku. Sehinggakan ALLAH sentiasa mengingatkanku akan kasih sayang-NYA yg utama agar aku tidak hanyut dgn kehidupan di dunia. Ku sayangkan ALLAH. Ku terlalu cintakan ALLAH... Ku telah mendapat kesedaran ini yg begitu berharga buat diriku... Alhamdulillah..

"Menjadi MAWAR berduri itu lebih baik daripada bunga-bunga tidak berduri yg boleh dipegang bila-bila masa sahaja"

"Muslimah Sejati bukan hanya utk dipermain-mainkan. Bukan hanya utk dijadikan sandaran sementara. Tapi, untuk dijadikan INSAN yang menjadi CONTOH kepada semua"

"Ku yakin... adanya cintaku utk seorang yg bergelar LELAKI... Biarlah ku mencintai ALLAH terlebih dahulu agar hatiku mendapat ketenangan yg abadi sebelum ku mencintai lelaki. Ku takut syaitan sentiasa menggodaku. imanku masih lagi tipis utk menepis segala bentuk halangan itu. Insha ALLAH... ALLAH akan memberi yg terbaik buatku"

~Sekiranya ADA JODOH tak kemana... ALLAH lebih mengetahui...~
SUMBERnya di sin (:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...