Monday, August 6, 2012

Manusia Adalah 'Penyakit'

Dari Imam Syafi'e : Ketika aku menjadi pemaaf dan tak mempunyai rasa marah atau dengki, hatiku lega. Jiwaku bebas dari permusuhan. Ketika musuhku lewat dihadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu ku lakukan agar dapat menjaga diriku
 dari kejahatan. Aku tampakkan keramahanku, kesopananku dan rasa persahabatanku kepada orang-orang yang aku marah atau benci sebagaimana ku tampakkan hal itu kepada orang-orang yang aku cintai. Manusia adalah penyakit, dan penyakit itu akan muncul bila kita mendekati mereka, padahal menjauhi manusia beerti memutuskan persahabatan.




Friday, August 3, 2012

Hargai Insan Sekeliling Kita.

Terlalu banyak bintang di langit. Namun, yang kelihatan hanya beberapa. Kita tercari-cari ratusan bintang yang lain, dan mengabaikan bintang yang setia kelihatan di mata. Suatu saat nanti, langitkan hitam menyembunyikan semua bintang. Barulah kita sedar, malapnya malam. Pandanglah disekelilingmu, insan-insan yang setia menemani tiap saat ketika, dalam suka dalam duka, hargailah kehadirannya sementara takdir masa membenarkanmu bersama mereka.

Thursday, August 2, 2012

Wahai Kaum Hawa.

Wahai kaum hawa,
kita cuma An-Nisa' pendosa yang ramai di neraka.


Walau tak setabah para mujahidah,
namun tabahkan pada ketetapan ALLAH,
kerana padaNYA ada Syurga.


Walau tak semulia para wanita sirah,
tapi muliakan diri dengan Agama,
kerana padanya ada pahala.


Walaupun tak sesabar para wanita solehah,
namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksakan,
kerana padanya ada bahagia.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...