Sunday, May 29, 2011

6 Alasan Kenapa 'saya' Menghampiri Zina

Assalamualaikum . Alhamdulillah , setelah beberapa hari menyepi , hari ni ada la jugak peluang utk menjengah d sini . Entah la , Qaseh juga tdk tahu yg Qaseh bz dgn apa sebenarnya . Mungkin tiada idea utk d kongsi walau ilmu itu luas . Baiklah sahabat , hari ni Qaseh nak kongsi sedikit ttg apa yg Qaseh baca d satu group , iaitu tentang zina . JOM , baca ttg 6 alasan 'saya' menghampiri zina ! :D

1. MEMANDANG seseorang terutama yang saya sayang, sangat sukar ditahan. Daripada pandangan itulah akan menimbulkan suatu perasaan yang akhirnya meruntuk keinginan saya. Jarang nikmat penglihatan ini saya gunakan sebaiknya.

2. SENTUHAN bagi saya adalah untuk melahirkan rasa cinta dan kasih sayang. Tetapi, apabila saya mula menyentuh tangan pasangan yang bukan muhrim, terasakan sesuatu bergelora dalam jiwa.

3. BERSOLEK dan berhias menyerlah seri dan kecantikan saya. Ramai yang memuji wajah, rambut dan susuk tubuh saya yang menarik. Suruhan Allah agar saya menutup aurat tidak mampu saya tunaikan.

4. HARUMAN yang saya gunakan sering membuat orang lelaki berasa senang bersama saya. Alangkah bangganya apabila mereka terpesona dan tergoda.

5. DUDUK berdua-duaan apa salahnya. Sesekali saya perlukan privacy. Lagi pun, kami bukannya apa-apa. Tetapi, bila berdua-duaan begini, dorongan syaitan sukar saya tepis.

6. HIBURAN menjadi pengubat kesunyian saya. Tanpanya terasa kosong di dunia ini. Saya selalu bersama kawan-kawan lelaki dan perempuan ke pesta atau kOnsert. Masa saya banyak dihabiskan begitu daripada melakukan ibadat dan kadang-kadang saya sukar mengawal batas-batas pergaulan.

Firman Allah : (Al-Israa’ : 32)
“ Dan janganlah kamu mendekati zina ; sesungguhnya zina itu suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.”


1 comment:

LyaLuna said...

aduiii susa ni susa niii.. hehehe. ken byk ubhhhh niiii thx :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...