Monday, May 14, 2012

Aku Tidak Sesolehah Mereka


Duhai Adam,
andai yang berpurdah itu yang jadi idaman,
itu bukan aku.
andai yang bertudung labuh itu jadi igauan,
itu jua bukan aku.
andai yang sentiasa berjubah itu jadi pilihan,
itu bukan aku.

jua Adam,
ketahuilah akan dikau bahawa aku adalah Hawa di akhir zaman.
tidak sesolehah srikandi yang dijadikan teladan.
terkadang aku jua rebah tak tertahan.

tapi Adam,
itu tidak bermakna aku tidak bisa melawan.
kerana srikandi itu aku jadikan sebagai ikutan.
agar aku mampu menjadi Hawa solehah di akhir zaman.

dengan itu Adam,
pimpinlah aku untuk berjuang,
supaya aku bisa kuat untuk bertahan,
demi menggapai redha Tuhan,
serta menjadi bidadarimu di syurga sebagai impian.

Monday, April 16, 2012

Antara Permata Dan Debu-Debu Kilauan Pasir

wahai kakakku,
kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu?
asyik berteman tangis dan sendu sahaja.

wahai adikku,
bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya,
tetapi disitulah wahai adikku,
kekuatan bisa meleburkan ego seorang lelaki,
menjadi izzah yang paling gah,
bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki,
kerana sendu rayunya,
Musa a.s terselamat dari kekejaman firaun.

duhai adikku,
lembut wanita itu bukan lemah,
tetapi senjata.

namun wahai kakakku,
wanita itu fitnah dunia.

pernahkah adikku dengar,
pesanan Ilahi pada hambaNYA?
"wahai lelaki-lelaki yang beriman,
tundukkanlah pandanganmu dan tutupkanlah auratmu",
pada siapa terlebih dahulu ALLAH dahulukan pesanannya?
pada hamba yang bergelar ar-rijal,
kerana andai si lelaki menjaga pandangannya,
maka tidak mungkin akan terlihat akan wanita yang menjadi fitnah pada dirinya,
dan, tidaklah ALLAH lupakan pesanan buat wanita,
agar memelihara auratnya,
kerana disitulah kehormatannya,
bukan fitnah semata-mata jikalau ar-rijal dan an-nisa' sama-sama mematuhi pesanan Ilahi itu,
sesungguhnya wanita yang beriman yang solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh.

tapi kakakku,
kenapa wanita itu menjadi peragaan?
tidakkah mereka merasa malu?

wahai adikku sayang,
al-haya' (sifat malu),
ada dalam diri setiap insan,
wujudnya seiring dengan nafas insani,
dan al-haya' itulah pakaian iman,
pada diri wanita itu indah al-haya' sebagai pembenteng diri,
namun,
bila mana al-haya' itu lebur,
imannya runtuh.

kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan?

kerana mereka sebenarnya paranoid,
merasakan diri belum cukup menarik,
mereka sebenarnya yang kalah dari segi psikologi.

namun adikku,
wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dari perbuatan murahan itu.

wahai adikku,
1001 keindahan penciptaan wanita,
pandai-pandailah dikau menilai,
antara permata dan debu-debu kilauan pasir.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...