Tuesday, November 20, 2012

Cantik Adalah Ujian!

Bismillah.

Entah sape buka rancangan "Belaian Jiwa" tadi. Lepas tu layan je laaa. Tengok and dengar testimoni dari pelanggan L****n W****t. Dia ada masalah berat badan. Kerja pun sebagai P.A bos. Dia cakap, kerana masalah berat badan dia, dia TER paksa pakai baju yang LABUH dan BESAR. "Saya terasa malu kerana merasa seperti orang tua" dan katanya lagi, "Bos saya memarahi saya kerana berpakaian ko

lot (pakaian besar) tambah pula saya adalah seorang P.A"

ALLAH! Bukankah pakaian labuh dan longgar itu lebih cantik dan selesa? Semoga hamba Allah itu dan para muslimat yang lain d beri petunjuk dan hidayah dari-Nya supaya sedar tentang kewajipan MENUTUP aurat BUKAN nya MEMBALUT aurat seperti balut buah nangka tu. Allah dah memberi nikmat yang paling besar kepada kita sejak kita d lahirkan iaitu ISLAM. Tapi kenapa kita mensia-siakan nikmat yang d beri? Buat hamba Allah tersebut yang dah kurus 45kg (kot laa, lupa) tu, ingatlah bahawa gemuk itu bukan pilihan, namun cantik itu adalah ujian. Wallahua'lam.
 
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...