Tuesday, June 19, 2012

Selamat Menikah! :D

Assalamualaikum.

Sudah lama Qaseh tidak post entry. Okay, kali ni Qaseh amat tertarik dengan satu situasi d mana ia banyak sangat berlaku kini.

Nikah? Kahwin? Siapa tak nak, bukan? Sedangkan Adam sepi tanpa Hawa, inikan pula kita hanya hamba yang biasa. Yang lemah untuk melawan hawa nafsu.

Kini, ramai ibu bapa lebih memilih untuk mengizinkan anak-anak berkahwin apabila mereka sudah punya pendapatan yang tetap. Ramai juga yang terlalu cerewet untuk memilih calon bagi pihak anak-anak mereka. Qaseh tidak menafikan bahawa langkah mereka itu sangat baik. Untuk memastikan bahawa hidup anak-anak akan lebih terjamin kelak. Tapi, kenapa harus risau andai percaya bahawa rezeki itu datangnya dari ALLAH. Jika DIA menginginkannya, bila-bila masa sahaja DIA boleh bagi rezeki. Kalau yang dah punya pendapatan tetap sekalipun, tak semestinya akan terjamin bahagianya itu, betul tak? Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat juga ada mengatakan bahawa "bahagia itu bukan terletak pada berapa banyak harta yang kita ada, tapi bahagia itu pada jiwa yang tenang" Jadi, bagaimana bisa hati-hati si teruna dan dara ini mampu tenang andai keinginan niat suci mereka terbantut kerana syarat yang diada-adakan oleh ibu bapa pada masa kini?

Andai Qaseh d beri peluang olehNYA untuk menjadi seorang ibu satu hari nanti, akan Qaseh utamakan pernikahan anak-anak Qaseh jika calon mereka itu sempurna agamanya, baik akhlaknya. Kerana Qaseh sayangkan mereka, ingin bertemu dengan mereka d JannahNYA kelak.

Sahabat sekalian macam mana? Ada pandangan yang lebih bernas? Sharing is caring, kan? JOM, sama-sama share pandangan. Ilmu ALLAH itu kan luas :)

*post tersangatlah simple and pendek. hee. aasif jiddan ;)

1 comment:

azim_3110 said...

utamakan pernikahan itu bagus.. tapi persediaan itu juga penting.. dari kecil perlu diasuh dengan ilmu dan amal agama.. bila anak2 dah meningkat remaja, latih mereka untuk berdikari dari segi pemikiran dan tindakan agar mereka lebih matang.. bru la kita senang hati nak terima org lain lak nak jadi menantu.. tak gitu bakal puan ika..?? ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...