Wednesday, June 6, 2012

Assalamualaikum duhai bakal IMAM HIDUP ku kelak ♥



Assalamualaikum duhai bakal IMAM HIDUP ku kelak ♥

Tahukah akan dikau bahawa diri ini sangat merindui 'dia'? 'Dia' yang menjadi impian sejak dari kecil lagi. Bukan kerana ikutan, bukan jua kerana trend sekarang, tapi kerana hati yang ingin dekat kepadaNYA.

Tapi, kerana redhaNYA terletak daripada redha kedua ibu bapa, diri ini terpaksa meninggalkan 'dia' buat seketika demi menggapai redhaNYA.

Begitu pantas masa berlalu, kini sudah hampir setengah tahun diri ini meniggalkan 'dia'. Tetapi, 'dia' masih d simpan rapi d dalam almari dan berdoa agar suatu hari nanti pasti diri ini akan bersama 'dia' semula.

Tatkala melihat gambar kenangan bersama 'dia', air jernih membasahi pipi. Sungguh, merasa tenang melihat diri ini bersama 'dia', ini kan pula jika diri ini terus dan sedang bersama 'dia', sangat tenang.

Dengan itu wahai IMAM HIDUP ku kelak, ketahuilah akan dikau bahawa diri ini ingin mendapatkan restu dan keizinan darimu kelak untuk diri ini bersama 'dia'. Kerana sesungguhnya, apa yang d anugerahkanNYA buat diri ini, diri ini menjaga dengan sebaiknya, kerana ia hanya buatmu yang halal.

Tapi andai impian diri ini tidak bisa menjadi kenyataan, diri ini redha. Kerana DIA Maha Mengetahui apa yang terbaik buat diri ini. Dan d saat itu, diri ini memohon agar dirimu menerima diri ini seadanya, sebagai insan yang biasa, muslimah serba kekurangan.

Yang tulus berbicara ;

Qaseh Nur Imani.

1 comment:

Syuqairo~ said...

:}:}..huhu..doakan akk dpt istiqomah 1 hari nnti..suke tgk akk pkai 'dia'.hehe..and akk adlh slh sorg inspirasi utk kite pkai 'dia' smpi skrg..syukran yee..-fali-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...