Friday, December 30, 2011

Dialah mamaku, dialah papaku dan dialah Marliaku :')


Hai kawan-kawan! Hari ni aku nak citer cikit tentang hidup aku. Kalau korang tak nak tahu, korang janganlah baca. Aku tak sound silly pun bila aku mula berblog macam perempuan. Sebab aku tahu, aku satu dalam sejuta. Huhu poyo pulak aku nih, kan. Please, jangan stop untuk terus baca kisah hidup aku yang aku nak kongsi bersama dengan korang nih. Aku nak korang tahu apa yang aku rasa dan apa yang aku pendam selama ni. Aku sunyi tanpa kasih seorang ayah :’(

Aku lahir pada 14 Februari 1987. Time tu, mama digegaskan ke hospital dengan ambulans. Papa? Em, papa outstation. Aku boleh tahu sume ni sebab mama yang citer pada aku. Bila papa dapat tahu mama nak lahirkan aku, papa bergegas balik. Papa cakap, aku adalah hadiah terhebat daripada mama sempena hari kasih sayang (valentine day). Tapi sayangnya, kereta papa terbabas dan disahkan meninggal di tempat kejadian. Aku tahu, itulah hadiah paling sedih yang mama terima sempena hari kasih sayang pada tahun tu. Dan aku, tak pernah dapat mengungkapkan perkataan “papa” pada seorang yang bergelar ayah.

Mama bersusah payah membesarkan aku. Mama tak kahwin lain. Katanya, cintanya hanya pada papa. Mama selalu sibuk. Bila mama mengutarakan cadangan yang mama nak ambil maid kat rumah, aku menolak. Biarlah aku berdikari. Aku tak nak susahkan mama untuk bayar gaji maid even aku tahu yang mama sangat mampu untuk itu. Ya, aku punya segalanya. Kesenangan itu milik aku. Tapi malangnya, aku tak punya papa.

Mama terlalu keras dalam menjaga aku. Mama langsung tak mengizinkan aku untuk kemana-mana jika tidak bersama dia. Jadi, masa untuk aku luangkan bersama kawan-kawan hanya di sekolah saja. Kata mama, mama takut jika tragedi yang berlaku ke atas papa menimpa pada diri aku pula. Mama tak sanggup kehilangan aku. Dunia batinku tersekat dek kerana trauma mama. Lama kelamaan, aku merasa bosan dengan hidup yang terkurung. Kadang-kadang aku terfikir, kenapa nasib aku macam ni? Aku lelaki. Tapi kena jadi macam orang perempuan pula duduk rumah sepanjang masa. Aku mula protes. Sikap aku tak lah sedingin mana pada mama. Cuma, jika mama bertanya, aku hanya menjawab sepatah. Aku tahu, mama rasa perubahan diri aku.

Dek kerana terlalu bosan, aku ambil langkah nak buat facebook. Ramai kawan aku yang dah buat facebook. Cuma aku je yang takde facebook. Sumpah, aku dapat kenal ramai kawan. Dari macam-macam negeri, Negara pun boleh! Hehe sukanya hati aku. Aku dapat tahu tentang perkembangan dunia luar juga. Seronok tak terkata!

Selepas lima bulan aku aktifkan facebook, aku dapat seorang kawan yang sangat mengambil berat tentang aku, Marlia. Aku senang berkawan dengan dia. Segala apa yang aku pendam kat hati, aku cerita pada dia. Tapi, kami hanya kawan. Aku juga cerita pada dia tentang mama. Aku sedih dengan sikap mama yang sayangkan aku tak bertempat. Aku tak memburukkan mama, tapi aku hanya meluahkan apa yang aku rasa kepada seorang kawan. Aku tak dapat pendam semua ni sorang-sorang lagi.

Marlia banyak bagi nasihat pada aku. Dia buat aku berfikiran positif tentang mama. Dia juga menyuruh aku untuk bersikap baik semula terhadap mama aku. Dia ada juga mencadangkan pada aku supaya meluahkan apa yang aku rasa kepada mama. Katanya, mungkin mama akan sedar bahawa semua tu salah. Dan siapa tahu, pendirian mama ke atasnya akan berubah. Mula-mula, aku takut untuk berbuat begitu. Tapi Marlia memberi aku kekuatan.

Aku memberanikan diri untuk berdepan dengan mama. Aku meminta maaf pada mama atas kedinginan sikapku padanya. Aku juga memberitahu pada mama bahawa aku memerlukan ruang untuk zaman remajaku. Aku lihat air mata mama menitis. Mungkin mama sedih. Terus aku menarik semula permintaanku. Bagiku, bahagia mama itu lebih utama jika nak dibandingkan dengan bahagia aku. Kerana aku sedar, pengorbanan mama sangat besar pada aku. Mama mengambil komputer ribanya. Lalu dia menunjukkannya kepada aku. Subhanallah, apa yang aku dah buat ni?? Jerit aku dalam hati. Aku menangis semahu-mahunya. Biarlah korang nak cakap aku cengeng ke, ape, yang penting, aku tahu yang aku dah buat hati mama sangat terluka dengan perbuatanku. Aku mohon maaf dari mama semahu-mahunya. Dalam tangis, mama tersenyum, mama mengusap kepalaku. Rupa-rupanya mama lah, Marlia. Sahabat baik aku di dalam facebook. Sejak dari tu, mama dah berubah. Mama dah mula membenarkan aku merasa nikmat zaman remaja. Aku berjanji pada mama yang aku tak mensia-siakan peluang yang mama dah berikan pada aku ni. Ya ALLAH, aku sangat bersyukur padaMU. Hanya tu yang mampu aku ungkapkan atas semuanya ini. Mama, engkaulah mamaku, dan engkaulah papaku!

1 comment:

TRAVELOG ATEH said...

subhanallah... entry yg sangat bagus. Seorang ibu kadang2 dilihat seakan mengongkong kehidupan kita tetapi disebaliknya ada tanda kasih dan risau terhadap anaknya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...