Monday, January 30, 2012

Blogwalking: Cinta Itu Tak Perlukan Sebab


Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri bersiar – siar di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami.

♥Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
♥Suami : Abang tidak dapat menjelaskan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai kamu sayang..
♥Isteri : Abang tidak dapat menjelaskan sebabnya? Bagaimana abang boleh kata abang sayang dan cinta saya sedangkan abang tidak dapat menjelaskannya.
♥Suami : Betul! Abang tidak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan kamu!
♥Isteri : Abang tidak  dapat beri bukti! Tidak! Saya ingin abang jelaskan kepada saya sebabnya. Kawan- kawan saya yang lain yang mempunyai suami, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun sayang abang tak dapat menjelaskan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata “Baiklah! abang mencintai kamu sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan memberi perhatian kepada abang selalu. Abang juga suka senyuman manis dan setiap tapak sayang melangkah, di situlah cinta abang bersama kamu”
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penjelasan suaminya tadi.

Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya.

Isi surat tersebut :
“Sayangku..
Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang dapatkan engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak dapat mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan perhatian mu aku mencintai mu… sekarang dapatkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak dapat mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak dapat mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang dapatkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak dapat  mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak.

Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati

Sayang … aku sayang kamu …
kamu yang  menumbuhkan cintaku..
kamu  yang memberikan kebahagiaan untuk ku..
kamu  yang memberikan senyum untuk ku..
kamu yang ditakdirkan bersama ku,,,
Sayang .. bangunlah dari tidur panjangmu,
Aku sangat merindukanmu…

Monday, January 23, 2012

Fitnah: Perosak Kebenaran


UMPATAN MENYEBARKAN KEAIBAN,FITNAH PEROSAK KEBENARAN.

Janganlah sering menghampiri diri pada sekumpulan manusia yang sedang enak membicarakan tentang gossip semasa,

Janganlah sengaja menadah telinga mendengar umpatan yang lazat menjamu mulut mereka,

Kerana bahan gurauan dan cerita yang sedang mereka persembahkan belum tentu asalnya betul dan boleh di terima.

Lalu umpatan yang makin berselera itu menjadi fitnah yang boleh mengubah pandangan kita terhadap mangsa.

Lalu tatkala kita bertemunya di jalanan tentu hati mula berbicara.

Mengingat kembali cerita-cerita yang telah menjadi simpanan kekal di otak kita.

Senyumannya kita sambut dengan terpaksa rela.  Di hati terbuku syakwasangka.

Keikhlasan berukhwah semakin hambar dan si mangsa terdera dan tertanya-tanya apakah punca asal peristiwa.

Sedang hakikat sebenar hanya Allah yang tahu kejadiannya.

Siapa kita untuk menghukum manusia yang sama sahaja kejadiannya seperti kita? Apatah lagi memburukkannya dan menyebarkan fitnah berleluasa? Tidak takut di bicarakan di mahkamah agung suatu hari nanti untuk membetulkan kembali fitnah yang kita mulai?

Fitnahlah sesuka hatimu, dan tunggu keadilan Allah tatkala insan yang tidak berdosa itu mula menadah tangan memohon pertolonganNya.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). 

Sesungguhnya dosa fitnah ini terlalu besar.  Carilah kembali insan yang telah disakiti dan mintalah kemaafan darinya untuk menyucikan diri kembali.  Mungkin di dunia kita dapat menenangkan hati dan menganggap segalanya sesuatu yang mudah dan ringan.  Dan jangan pernah lupa bahawa kematian itu pasti dan setiap dari kita akan dipertanggungjawabkan dengan setiap amalan yang telah dikerjakan.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)?

Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.

Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya.

Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’

Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...