Tuesday, May 17, 2011

Kain Kecil Di Wajahmu [Part 1]

Assalamualaikum . Alhamdulillah krn kita semua masih d beri kesempatan untuk merasai nikmat dunia pada hari ini . Jadi , cmne semalam ? Amalkan tak pesanan Rasulullah s.a.w yg perlu kita lakukan sebelum tidur ? Haaa , kalau belum amalkan , amalkanlah , tak rugi pun , kan ? Malah , ganjaran yg lumayan pulak kita dapat ^^ Bagi yg tk tahu apa yg Rasulullah s.a.w pesankan tu , sahabat boleh klik link ni , Rasulullah S.A.W berpesan 4 perkara sebelum tidur . ZzZzZzz ~ . JOM , sama-sama kita amalkan ^^

OKAY , hari ni Qaseh jalan-jalan kt blog . Terasa agak boring d facebook , kan . Tiba-tiba terjumpa la laman ni , Usrah Jemaah Anak Muda . Menarik ! Ada kisah yg Qaseh nak kongsikan bersama-sama sahabat muslimah terutamanya , buat muslimin pula , jom , betulkan balik mind-setting anda tentang mereka yg berniqab ^^
“Su, ana minta maaflah jika menyakiti hati enti,” Rozita menyiku Sumayyah tiba-tiba.

“Enti marahkan ana tak jika ana tanya satu soalan?” Rozita menyambung sambil matanya meliar melihat dua orang pelajar siswi yang berpurdah sedang menyeberang jalan di Bulatan Antarabangsa. Seorang memakai tudung kelabu dan purdah kelabu serta berjubah hitam. Dan seorang lagi tudung hitam dan purdah hitam berbaju kurung merah gelap.

“ Tak. Tanyalah, ada apa?” Sumayyah menjawab tenang. Hatinya tenang kerana seharian kuliah, akhirnya baru dapat makan berdua dengan sahabat yang dirinduinya.

“ Ana tengok, hari demi hari makin ramai yang pakai purdah di kolej. Enti tak rasa ke diorang ni pakai sesedap rasa je, main suka2 je. Perangai belum tentu baik tapi dah pakai purdah.” Rozita menjelaskan berterus-terang.

“Ita, betul ke apa yang ana dengar ni?” “ Lain macam je bunyinye…” Sumayyah memerhatikan arah tumpuan Rozita. Sambil membayar nasi goreng ayam radix kegemarannya, Sumayyah melihat air muka sahabatnya seperti sedang menahan marah. Sumayyah tahu Rozita lah sahabat yang paling akrab dan pendokong paling kuat kepada perjuangan sahabat-sahabatnya mempertahankan pakaian wanita Islam di kolej.

“ Ada apa-apa ke ni?” Sumayyah menambah.

Rozita menggeleng. Sumayyah sedar perubahan pada diri sahabatnya. Sememangnya Rozita agak tidak suka bermesyuarat dengan muslimin. Balik dari mesyuarat sahaja, dia beremosi.

“ Hmm..Ana cakap betul lah…mana ada main-main. Enti patut bertanggungjawab. Diorang ni banyak terpengaruh dengan tulisan enti tentang purdah” kata Rozita sambil meletakkan beg di meja makan bahagian siswi. Meja itu sudah menjadi kegemaran mereka kerana ia menghadap tasik.

Sumayyah diam agak lama, sambil menyusun gelas, pinggan, beg dan fail-failnya agar teratur. Sumayyah cuba mengaitkan apa yang biasanya menjadi kemarahan sahabatnya.

“ Macam mana meeting tadi?” Sumayyah cuba meneka permasalahan sebenar.

“ Enti,” Rozita meletakkan sudu dan garfunya.

“ok, ok, ana tanya enti…” Sumayyah memberhentikan kata-katanya, menunggu mata mereka bertentang untuk mendapat tumpuan sahabat yang dikasihinya. “ Salahkah berpurdah? Islam tidak pernah mengajarkankah pada kita? Apa yang mereka lakukan bertentangan dengan agama kita ke?”

“ Ana tak kata begitu, cuma bercouple la, berdating la, bukan-bukan je diorang ni. Pakai purdah, tapi perangai tak ubah macam budak tak pakai tudung” Rozita menghamburkan apa yang tersimpan di hati.

Sumayyah terkedu. Namun bertenang sahaja. Baginya adik-adik mujahidah purdah yang dikenalinya ramai yang sedang berusaha bermujahadah mengejar cinta Allah. Kalau ada yang perangai buruk pun itu kisah lama. Dan kalau ada yang masih bermasalah mungkin hanya dua, tiga orang sahaja. tak adil rasanya meletakkan kesalahan itu di bahu semua. Biasalah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Tapi, jelas padanya Rozita tentu mahu suburkan kembali kekuatannya dengan hujah. Selalunya begitulah, jika pemakai purdah dihina, mulalah dia menambah hujah dengan cara mendapatkan maklumat dari Sumayyah.

“Tak perlulah berpurdah, perangai tu kena baik dulu. Main hentam sahaja” Rozita menambah lagi. Rozita baru balik dari meeting persatuan. Dalam meeting tadi, Muslimin hebat menghentam pemakai purdah, terutama Ketua Unit Kebersihan Masjid, Azrol Hazim. Biasanya, Rozita yang hebat mempertahankan sahabat-sahabat yang berpurdah. Tapi, dia mula mati hujah bila Azrol membangkitkan nama pensyarah yang mereka kasihi dan hormati, Puan Zaitun.

“ Pertama, enti ada bukti ke mereka ni berdating dan bercouple? Siapa yang enti maksudkan? Enti tak boleh hanya mendengar khabar angin, terus meletakkan salah itu pada pemakai purdah tanpa menyelidiki sebaiknya. Kedua, jika salah seorang yang berdating, adakah semua kain kecil di muka mereka yang dipersalahkan? Dan adakah semua pemakai purdah bersalah? Ketiga, yang pakai tudung biasa, yang pakai tudung labuh takda ke yang berdating dan bercouple? Semuanya baik?” Sumayyah bertanya kembali kepada Rozita.

Rozita terdiam, tunduk.

“ Adakah mereka perlu jadi baik dulu sebelum menutup aurat dengan memakai tudung? Apakah terdapat syarat mempunyai akhlak yang baik baru memakai pakaian seperti yang digariskan syarak?”

Rozita menggeleng.

“ Adakah jika pemakai tudung itu bercoule, berdating malah berzina, maka tudung itu yang salah? Adakah tudung yang salah dan purdah yang salah? Ataukah perbuatan berdating atau berzina itu yang salah? Adakah dalam Islam ni, bila kita nak mengamalkan sesuatu perintah Allah, mesti sudah sempurna perintah yang lain baru boleh lakukan perintah seterusnya?

Rozita terdiam. Mukanya merona merah.

“ Berhakkah ana menapis mereka semua sebelum diluluskan untuk memakai purdah? Siapa ana? Perlukah ana interview mereka seorang demi seorang? Hanya kerana ana kalangan orang pertama yang memakai purdah di kolej ni? Pada ana, Ita, memakai purdah ni adalah cara mendekatkan diri kepada Allah, maka sedikit demi sedikit pemakai purdah akan menjadi muslimah yang solehah. Ia bergerak selari dengan perubahan diri ke arah menjadi muslimah sejati. Pada ana, mereka mampu dan kuat untuk menutup wajah mereka sudah menjadi satu usaha yang baik untuk memelihara diri mereka,” Sumayyah cuba menjelaskan keadaan sebenar yang menjadi kekeliruan sahabatnya.

“ Tak mungkin menunggu perangai sempurna baru memakai purdah, hidayah sudah sampai, pastilah adik-adik menyambutnya,” sumayyah menambah lagi. Sumayyah mengangkat tangan, sambil menganggukkan kepala kepada siswi yang lalu-lalang berhampiran tasik yang mengenali mereka.

“Tapi, enti terangkanlah pada mereka tentang hukum berpurdah ni. Bukannya wajib pun,” Rozita menambah lagi. Dia menjelaskan dalam keadaan tenang.

“ Ita, sahabatku yang kukasihi, yang bakal menjadi temanku di mahligai syurgawi, adakah ia haram?” “ Ada tak ulama’ yang menghukumkannya haram?” Sumayyah membalas lembut, hatinya sayu. “ Tak ada, yang ada hanya hukum wajib, sunat mustahab (Yang disukai) sahaja, al-fadhil Ustaz Muhammad Sa’id Ramadan al-Buti pun menghukumkan wajib berpurdah di zaman penuh kefasadan sekarang ni dalam buku fiqh sirah yang ustaz kupaskan tu, enti dah baca bahagian tu? Islam menyukainya, sahabatku. Jadi, usah kita menjadi penghalang mereka berpurdah,”

Rozita terdiam.

Nantikan sambungan cerita ini....
SUMBER nya di sini (:


Monday, May 16, 2011

Ujian dariNYA . Ahhh , nikmat !

Assalamualaikum dan selamat petang (ecececeyy ~ TERformal la pulak , kan) eheh ! ^^

Hurm , Qaseh tak tahu la nk kongsi apa dgn sahabat sume . Sbb Qaseh tahu , sahabat sume lebih banyak ilmu dr Qaseh . Qaseh hanya 'abduNYA yg jahil sgt bab-bab ilmu nihh . Hurm , rasa tak layak nk berkongsi . Tapi , bila terkenangkan nasihat dari sahabat2 seperjuangan , ilmu tak kan pernah cukup , sbb ilmu ALLAH terlalu luas . Jadi , sbg perkongsian buat sume sahabat , ingin Qaseh kupaskan cikit tentang ujian atau musibah yg seringkali kita alami . Apa yang ika mahu kongsikan ni adalah salah satu assignment group Qaseh kena buat pada semester 4 yg lepas . Kumpulan Qaseh pilih tajuk dari ayat 2 : Al-Ankabut .
Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan , “Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji? (Al-Ankabut : 2)

Semua manusia di muka bumi ini dalam apa peringkat sekalipun tidak terlepas daripada ujian Allah. Ujian itu berbagai-bagai pula bentuknya. Bahkan seribu satu macam ujian datang menimpa dan datang dengan tidak disangka-sangka. Ujian, mehnah dan tribulasi adalah lumrah di dalam Sekolah Kehidupan ini. Alangkah baiknya jika ketika kita diuji dalam keadaan kita mentaatiNya daripada diuji dalam keadaan kita menderhaka kepadaNya.

TUJUAN KITA DI UJI.
1. Rasa Kehambaan
2. Rasa Bertuhan
3. Memahami Maksud Takdir ALLAH S.W.T
4. Mendapat Hikmah Bila Di Uji

RAHSIA DISEBALIK AL-QURAN DAN UJIANNYA.
1. Kenapa Kita Diuji?
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Surah Al-Ankabut, ayat 2-3)

2. Kenapa Kita Tidak Dapat Apa Yang Di Idamkan?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah, ayat 216)

3. Kenapa Ujian Seberat Ini?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah Al-Baqarah, ayat 286)

4. Tidak Mampu Menghadapinya?
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.” (Surah Ali ‘Imran, ayat 139)

5. Bagaimana Harus Kita Menghadapinya?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” (Surah Ali ‘Imran, ayat 200)

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” (Surah Al-Baqarah, ayat 45)

6. Apa Yang Kita Dapat Dari Semua Ini?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…” (Surah At-Taubah, ayat 111)

7. Kepada Siapa Kita Harus Berharap?
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” (Surah At-Taubah, ayat 129)

8. Bagaimana Jika Kita Berputus Asa?
“… dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf, ayat 12)

Kesimpulannya , kenapa sesetengah orang cepat berputus asa apabila menerima sesuatu musibah? Sedangkan semua itu adalah ujian daripada Allah untuk menilai siapakah yang terbaik amalannya dalam kalangan manusia.  Kita sepatutnya bersyukur sekiranya ditimpa ujian kerana sebenarnya Allah sedang menilai kita untuk diberikan kita syurga, ganjaran yang tiada tandingan.

“…sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, untuk Kami menguji mereka, siapakah di antaranya yang terbaik perbuatannya…” (Al-Kahfi : 7)

Subhanallah ... Sahabat , ujian itu sangat lazat sebenarnya. Sangat nikmat apabila kita benar-benar menghayatinya. Ada kata pujangga mengatakan bahawa, ALLAH mengasihi hambaNYA yang diuji. Sungguh, ALLAH Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Tabah dan sabarlah menempuhi kehidupan ini kerana kehidupan itu sendiri merupakan ujian buat kita. Seindah atau seburuk mana pun kehidupan dan dunia di mata kita, akhirat jualah tempat kembali. Jadi, anggaplah ujian sebagai jalan untuk kita menuju syurganya., insyaALLAH, amin.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...